Khairul Fahmi Che Mat

† Kemunculan (Gol).
Khairul Fahmi bin Che Mat (juga dikenali sebagai Apek; lahir 7 Januari 1989) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bertindak sebagai penjaga gol[1] yang bermain untuk Melaka United dalam Liga Super Malaysia[2] dan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Beliau mula terkenal apabila cemerlang mengawal gawang Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 (Piala AFF-Suzuki). Dalam kejohanan itu, beliau berjaya menyambut sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada perlawanan akhir Piala AFF-Suzuki. Beliau menjadi penyokong rancangan di bulan Ramadhan berbentuk komedi lawak "Waktunya Kita Sahur" yang dipersembahkan oleh Bentoel Biru.[perlu rujukan]Dengan ketinggian hanya mencapai 173 sentimeter, Khairul Fahmi ialah antara penjaga gol terkecil[perlu rujukan] (sindrom manlet) di Malaysia. Berbanding bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Azman Mohamed (185sm), Khairul Fahmi dan generasi penjaga gol Malaysia yang seterusnya mempunyai masalah ketinggian yang merupakan punca gol yang dijaringkan pihak lawan kelihatan lebih sensasi,[perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Khairul Fahmi Che Mat http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://www.infoharian.com/foto-kahwin-khairul-fahm... http://www.malaysiansuperleague.com/team_info.asp?... http://www.hmetro.com.my/articles/KhairulFahmidapa... http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Piyapali... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/hari... http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga... http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga... http://www.sinarharian.com.my/personaliti/fenomena...